Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Sunday, September 25, 2011

ADA APA DENGAN HUDUD


Menjadi Negara Maju ; sasaran tahun pencapaiannya,2020 . Itu pun belum tentu macamana maju.

Maka dirangka pelbagai rancangan dan strategi untuk mencapainya. Yang penting ada usaha ke arah itu.

Contoh mudah,kita bina jalan raya,belum siap sepenuhnya tapi tak sabar-sabar nak guna,maka dibuka jalan tersebut biarpun terpaksa letak kun dan road barrier di merata tempat. Dalam kesusahan ada juga kesenangan .

Menjadi Negara yang melaksanakan hukum hudud pula macamana ?

Sasarannya bila ?

“BATU GAJAH - Kerajaan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak”

keadaan tidak kondusif ?

“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak”

Agak-agak bila ya keadaan kondusif? Kondusif itu pakai pengukur apa?.Skala apa ?(sempurna/selesa/lengkap/membantu)

Soal kondusif itu relatif dan subjektif mengikut golongan /puak masing-masing.

Jangan jadi suasana fatamorgana. Semakin kita menghampiri semakin ia menjauh. Pada akhirnya tidak akan tercapai. “Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran” sehingga suasana kondusif tidak akan wujud.

Undang-undang sedia ada sekarang ni ?


“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.


Kesimpulannya,Kerajaan BN tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

Cadangan : Kerajaan bukan BN boleh melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

Jika ada kepincangan dalam Islam itu bukan kerana Agama Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya sendiri.Begitu juga dalam pelaksanaan hukum hudud. Sepatutnya kita boleh uji dan gunapakai sekarang’ . Jika ada kecacatan dalam pelaksanaannya itu bukan di sebabkan oleh kelemahan hukum hudud tetapi disebabkan oleh suasana yang tidak kondusif itulah . Jangan mencipta berbagai alasan “Hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih”

Benarlah seperti yang Tok Guru Nik Aziz kata: “Orang takut kepada negara Islam ini macam takut kepada hantu. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu”

Apa perlunya suasana lengkap baru boleh dilaksanakan hukum,bukankah baik hukum itu diuji dalam suasana yang tidak menentu atau sempurna atau lengkap (dalam pada itu semasa pelaksanaan kita berusaha memperbaiki segala kekurangan dari masa ke semasa ) ,supaya Hukum Hudud jadi Penentu Keadaan Sempurna bukan Keadaan Sempurna menentukan Hukum Hudud.

Friday, September 9, 2011

ADA APA DENGAN HARI KEMERDEKAAN


Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.


"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.


Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.


Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !

Sumber : Edyes @ edyesdotcom :

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !


P/S :

ruginya Thailand

untungnya Malaysia
tak pernah rasa dijajah
sepatutnya Malaysia tak perlu susah sambut Hari Merdeka dan mencipta tema yang bermacam-macam
lebih baik sambut saja Hari Perkongsian Bistari.Yes Sir!

Betapa bijaknya pemimpin
betapa bijaknya pakar
54 tahun masih dilamun
lagu terang bulan

Related Posts with Thumbnails