Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Friday, December 24, 2010


JIKA KITA RAJIN MEMBACA KITA AKAN TAHU




BERGUMBIRALAH IA DATANG SEKALI


nota:
bergumbiralah wahai bani kanak kanak
alamilah dunia yang indah
zaman ini hanya datang sekali
bermainlah hari ini seolah olah kamu
tidak akan dibenarkan bermain hari esok !

jangan lah kamu dirosakan oleh pmr!



NAMPAK SANGAT MUFTI JOHOR TAK MEMBACA


Imej Santa Claus ini adalah strateji pemasaran Coca Cola yang mula dimunculkan pada tahun 1930’an. Pakaian , topi dan janggut Santa ini tidak ada sangkut paut dengan agama Isa dari Nazareth. Ini pemasaran kapitalis untuk mendapat keuntungan. Lihat sahaja warna merah dan puteh – ini warna Coca Cola.

Santa Claus ini ada memiliki pelbagai nama. Nama ini dikaitkan dengan Wali Klause seorang padri yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak. Ini juga ada kebenaran dan banyak campur aduk cerita cerita rakyat seperti Pak Pandir dan Lebai Malang.Banyak negara yang mengakui Wali ini adalah warga mereka. Sweden, Norway, Denmarak, Finland malah Turkey juga klim Wali Kaluse ini datang dari wilayah mereka.

Di Belgium - negara suaka TT - tarikh memberi hadiah kepada kanak-kanak ini bukan 25 Disember tetapi 16 Disember. Ini mengikut pembacaan orang Belgium.

Mitos ini samalah seperti kita memberi ‘duit raya’ kepada anak anak ketika berhari raya. Kita masukkan duit ke dalam sampul berwarna hijau. Ini adalah cara Melayu menterjemah budaya angpau orang Tionghua. Orang Tionghua memberi hadiah yang dibungkus dengan sampul merah.

Sayugia diingatkan bahawa pada satu ketika dahulu jemputan kahwin wajib di hantar dalam sampul merah. Bagitu juga kad ucapan selamat hari raya. Malah pada satu masa dahulu menjadi lumrah orang akan bertanya ‘ bila sampul merah akan sampai’. Ini bermaksud : bertanya bila nak kahwin. Bila ekonomi berubah budaya berubah – hari ini jemputan kahwin datang dengan e-mail dan pesanan ringkas.

Warna merah ini mucul dari ikutan kita dengan budaya orang Tionghua.

Budaya sampul surat hijau ini telah berkembang. Ini disokong pula oleh bank bank dan para peniaga. 100 tahun dari hari ini - jika ada mufti yang malas membaca dan mengkaji - mungkin sampul hijau ini akan ditakrif sebagai jalur agama.

Bagitu juga warna hijau yang dikaitkan dengan Islam. Ini juga pemasaran yang dimunculkan oleh Saudi Arabia. Kerajaan Saudi Arabia yang kita kenali hari ini diwujudkan oleh British pada tahun 1932. Keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Nabi Muhamad. Mereka ini dinobatkan oleh Shell dan British Petrolium.
Di zaman nabi tidak ada raja.

Warna hijau yang dipasarkan ini amat menarik dalam wilayah padang pasir yang kering kontang. Mungkin kurang menarik di negara seperti di bumi kita yang tropikal dan hijau sepanjang tahun.

Warna hijau ini kini dikaitan dengan Islam. Untuk pelajar pengkaji sejarah akan sedar bahawa bendera yang di kibarkan oleh Muhamad ialah hitam. Kerana inilah penganut agama Shiah telah menobatkan bendera hitam sebagai bendera mereka.

Lihat – semua memiliki kontek. Sejarah itu sendiri juga memiliki sejarahnya.

Budaya bergerak, berubah dan berkembang. Budaya, tingkah laku, adat istiadat, moral semuanya berubah mengikut gerakan ekonomi. Pembuatan ekonomi dan produksi ekonomilah yang menjadi memandu manusia. Bukan cerita di awan awan. Cerita di awan-awan ini indah untuk kanak-kanak seperti Wali Nikolas datang dengan kereta saljunya.

Manusia pinjam memimjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan budaya mereka. Kita telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Ini bukan cerita ultraman. Jepun yang anggkuh itu pun sedar bahawa mereka juga kaki tiru yang terulung.

Lihat bagaimana sifar yang datangnya dari Arab, kemudian berkembang. Jika tidak ada sifar konsep dunia kita tidak wujud. Dari sifar kita berkembang hingga kita menjadi kita hari ini. Apakah sifar monopoli Arab? Tidak.

Yang ingin memonopoli ini hanya kaum pemodal- kaum kapitalis. Mereka meletakkan – hak cipta – ini untuk mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka. Siapa mencipta padi? Siapa mencipta buah durian? Siapa mencipta petai dan jering? Siapa mencipta akar kayu senduduk?

Bagitu juga kita tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah milik umat manusia. Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikkan. Hak cita ini adalah milik Yang Maha Esa.

Selamat menyambut Mauludul Rasul Nabi Isa dan selamat tahun baru Gregorain. (TT)

saya nak petik kenyataan tuan yang hujung-hujung sahaja;

"Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikan. Hak cipta ini adalah milik Yang Maha Esa"

Siapa kata agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikan.
Apatah lagi Agama Islam.

Berapa ramai orang/kelompok manusia merasa kebenaran sesuatu/pegangan /perlakuan/konsep tetapi ternyata sesat ,keliru ,palsu dan batil .

Berapa ramai orang/kelompok manusia percaya kebaikan sesuatu(perlakuan/konsep/nilai ) tetapi ternyata membawa kerosakan dan memudaratkan.

Kebenaran dan kebaikan mengikut faham akal manusia (tanpa wahyu) seringkali tersasar dan sangka-sangkaan belaka.

Kebenaran dan kebaikan pada manusia adalah nisbi sedang kebenaran dan kebaikan yang hakiki adalah dengan petunjuk Allah(Agama Islam Itu sendiri).

Semua orang/golongan menegaskan segala amal mereka merupakan kebaikan untuk menuju /mencapai kebenaran namun bila diukur dengan skala wahyu ternyata terbias.

Sebagai contoh,
Apakah Konsert yang direkacipta dan dihias dengan kosmetik dengan nama AMAL itu Kebenaran dan Kebaikan.

Dan banyak lagi contoh lain jika hendak diumpamakan.

Hak cipta Kebenaran dan Kebaikan adalah milik Yang Maha Esa.Itu benar!

Kerana itu akal dan wahyu adalah gandingan paling tepat dan putus!


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails