Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Wednesday, January 19, 2011

KEKELIRUAN MENTERJEMAH SYIAR ISLAM

Isu Pembesar Suara: JAKIM Dan Mufti Perak Tak Sependapat

Mufti Perak: Pembesar suara selain untuk azan tak perlu



KUALA LUMPUR, 19 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga berkata pengurusan masjid atau surau tidak perlu menggunakan pembesar suara selain untuk tujuan azan, tetapi menegaskan pihak berkuasa tidak perlu mewujudkan garis panduan yang baru.

Kata beliau, hanya untuk tujuan azan yang perlu menggunakan pembesar suara manakala bacaan-bacaan lain tidak perlu.

“Hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara, yang lain tidak perlu. Bacaan lain hanya gunakan (pembesar suara) dalam masjid sahaja.

“Tak usahlah nak ganggu orang lain, lagipun tak disuruhkan dalam Islam gunakan pembesar suara selain azan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Harussani, peraturan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk azan juga tidak perlu kerana ia garis panduan sudah sedia ada.

“Saya ingat ia (peraturan) sudah ada, cuma kita tidak laksanakan.

“Apa-apa pun bagi saya, hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara. Yang lain tidak perlu,” katanya.

Sebelum ini bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

Kontroversi isu azan timbul selepas seorang peguam bukan Islam mempertikaikan bunyi azan yang terlalu kuat sehingga mengganggunya.

Namun peguam tersebut, Ng Kian Nam yang juga ahli MCA memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata isu azan tersebut telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Beliau juga mencadangkan supaya semua rakyat di negara ini menghormati antara satu sama lain demi menjaga keharmonian negara.

“Azan berkumandang untuk memanggil orang Islam bersolat, jadi ia bukan masalah dan bukan isu.

“Ketika saya di Amerika dulu, ketika azan orang Islam di sana tidak menggunakan pembesar suara kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

“Macam kita di Malaysia begitu juga, kita kena menghormati antara satu sama lain. Jangan sampai mengganggu mereka,” katanya.

Nik Mustapha juga kecewa apabila isu azan tersebut telah dipolitikkan kerana pemimpin-pemimpin melihat ia dari sudut politik.

“Kenapa nak jadikan isu? Kenapa nak dipolitikkan?

“Kalau lihat dari sudut politik maka ia jadi isu politik, dulu perkara seperti ini tidak pernah berlaku pun.

“Jadi kenapa nak bincangkan perkara ini? Apa yang penting kita menghormati antara satu sama lain, menghormati adat resam. Yang penting hidup dalam keadaan harmoni, saya tidak faham kenapa ia dipolitikkan,” katanya dengan nada kecewa.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.


Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. -tmi

Jakim: Syor hadkan penggunaan pembesar suara melampau, berniat jahat

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyifatkan sebarang cadangan agar mengehadkan penggunaan pembesar suara di masjid hanya kepada tujuan azan sebagai “melampau” dan berniat jahat.

Beliau menegaskan masjid dan surau bukan tempat bersolat sahaja, tetapi turut diadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah untukn masyarakat.

“Untuk hadkan pembesar suara kepada azan sahaja adalah cadangan yang melampau dan berniat jahat.

“Masjid dan surau bukan hanya tempat bersolat, banyak lagi aktiviti berfaedah lain yang dijalankan di masjid dan surau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan mengarahkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan supaya meneruskan amalan pembesar suara seperti biasa.

“Jakim akan arahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan teruskan amalan biasa sejak sebelum merdeka.

“Jika ada aduan nada speaker (pembesar suara) terlalu perlahan kami akan arahkan ditinggikan pada kadar munasabah,” katanya.

Wan Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya hanya azan sahaja yang menggunakan pembesar suara manakala bacaan lain tidak perlu.

Asri berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

Harussani menyifatkan tindakan pengurusan masjid menggunakan pembesar suara selain azan di masjid hanya akan mengganggu ketenteraman orang lain terutamanya orang bukan Islam.

Kontroversi isu azan timbul selepas seorang peguam bukan Islam mempertikaikan bunyi azan yang terlalu kuat sehingga mengganggunya.

Namun peguam tersebut, Ng Kian Nam yang juga ahli MCA memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. -TMI

http://greenboc.blogspot.com/2011/01/isu-pembesar-suara-jakim-dan-mufti.html

Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara (stones 15.01.2011)
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
Keliru antara azan dan bacaan lain
• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling
“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).



Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?
Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Penulis adalah bekas mufti Perlis. Profesor Madya Dr Asri adalah juga pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.

http://batuvskayu.blogspot.com/2011/01/dr- asri-benarkan -hanya -azan -di pembesar .html

ISU AZAN - CADANGAN DR ASRI TIDAK MEMBANTU PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM Oleh: WFAUZDIN NS(17.01.2011)
APABILA isu azan di sebuah masjid di Wilayah persekutuan menjadi hangat angkara `mulut gatal' seorang Non Muslim yang dikatakan dari MCA baru-baru ini, maka hiruk pikuk lah berbagai pihak dan ada yang cuba mencari kesempatan meraih sokongan politik. Beberapa NGO yang selama ini `beku' seperti berada di dalam peti sejuk tiba-tiba muncul untuk berjuang kerana agama, kununnya.

Ada seorang yang ingin menonjolkan diri sebagai `pejuang Islam' yang digelar Zul Kulim atau `firaun besar' menyalak sakan dengan isu ini. Beliau seorang Wakil Rakyat yang tidak malu menduduki kerusi Kulim Bandar Baru walaupun mereka yang mengundinya dahulu tidak lagi redha beliau menjadi Wakil Rakyat mereka. Kebodohan beliau dari semasa ke semasa semakin jelas oleh kita di dalam apa jua isu yang beliau sentuh. Termasuklah di dalam isu azan ini di mana beliau menuduh DAP di dalam hal ini sedangkan semua tahu peguam Non Muslim yang menimbulkan isu ini adalah dari MCA.

Beberapa NGO juga bangun membantah dan mengadakan perhimpunan kununnya membela Islam. Di dalam pada itu, niat mereka dapat dibaca apabila cuba melibatkan YB Nurul Izzah di dalam isu ini. Mereka takut untuk menyentuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mahupun Menteri Wilayah Persekutuan yang lebih berkuasa di dalam menjelaskan isu ini. Akhirnya, YB Nurul Izzah menunjukkan kebijaksanaannya dengan menyerahkan semua persoalan ini kepada yang berhak dan berkuasa di dalam hal-hal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan dari Ustaz Dr Asri yang mahukan agar hanya azan sahaja dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara. Cadangan beliau ini tidak salah, tetapi tidak bijak untuk perkembangan dan syiar Islam. Selama ini kita tiada masalah di dalam penggunaan pembesar suara di dalam apa jua aktiviti atau amalan di dalam masjid dan surau. Jangan kerana adanya kes terpencil seperti ini, maka kita mengalah sedemikian rupa.

Kita tidak boleh kalah dengan kehebatan hiruk pikuk yang lebih keterlaluan di dalam berbagai konsert dan hiburan yang sering dianjurkan oleh beberapa pihak. Program maksiat mereka kadangkala lebih hebat lagi sehingga ke awal pagi. Manakala, penggunaan pembesar suara di masjid atau surau bagi amalan syarahan agama, membaca Al-Quran dan juga azan amat terhad sekali. Memang benar, Nabi mengajar kita membaca Al-Quran jangan sampai menganggu orang lain. Persoalannya, selama ini berapa kerat yang merasa terganggu?

Tentulah tidak berhikmah dan tidak dibenarkan jika kita menggunakan pembesar suara diwaktu orang lain sedang tidur. Kebiasaannya masid atau surau akan memperdengarkan bacaan Al-Quran beberapa minit sebelum masuk waktu sembahyang dan azan. Program syarahan agama juga bukan diadakan pada setiap malam dan program tersebut pun kebiasaannya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tidak masuk akal ianya mengganggu orang lain.

Justeru itu, apa yang selama ini kita umat Islam lakukan di dalam aktiviti di masjid dan surau haruslah diteruskan. Pihak berkuasa masjid dan surau juga hendaklah peka dengan keadaan dan situasi setempat. Mereka mesti bijak mengatur apa jua aktiviti yang ingin dijalankan dengan penuh kesederhanaan.

http://wfauzdin.blogspot.com/2011/01/isu-azan-cadangan-dr-asri-tidak.html


Azan: Teresa Kok Di Pertahankan,Tiada Tuntutan Maaf
by pisau on 18.1.11

Agak menarik apabila melihat situasi ini jelas amat berbeza apabila dahulunya Teresa Kok turut membuat perkara yang sama apabila mendakwa azan mengganggu ketenteraman awam. Apabila dihentam teruk oleh blogger pro BN malangnya dipertahankan pula oleh khawarij PAS dan aparat aparat bloggernya.
http://www.pisau.net/2011/01/azan-teresa-kok-di-pertahankantiada.html?

TERESA KOK AZAN (19.01.11) Hamirdin b Ithnin

Assalamualaikum,
Maka senyum bertemu telinga orang UMNO bila isu seorang peguam MCA kononnya memohon maaf atas desakan awalnya supaya azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi diperlahankan kerana memekakkan telinga beliau.

Lepas tu semua media yang selalu berbuih mulut meniupkan api perkauman senyap dan sunyi , tandanya angguk angguk , dah settle tuan!
Tapi dulu Teresa Kok difitnah kononnya suruh azan diperlahan di sebuah surau di Puchong. Berabad media penyala api perkauman meniupkan kebencian antara rakyat.
Sedangkan Teresa tidak buat pun apa apa arahan suruh azan diperlahankan.
Apa media penyala api perkauman ini akan lakukan sekiranya
Teresa Kok azan!

http://hamirdin.blogspot.com/2011/01/teresa-kok-azan.html



Mengimara'kan masjid dengan hiruk pikuk?(18.01.2011 Selasa)

Saya masih lagi terlantar dikatil hospital ini sejak dua minggu yang lalu.Keadaan beransur-ansur bertambah baik dan pulih; alhamdulillah.Isteri telah membawakan laptop kemari kelmarin dan dapatlah saya meluangkan masa merayau-rayau dan membuat entri pada pagi ini.

Berhampiran dengan Hospital Permaisuri Bainun Ipoh ini terdapat sebuah masjid.Lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu, maka berkumandanglah bermacam-macam nasyid….diikuti dengan bacaan al-Quran…

Saya rasa agak terganggu dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi pada waktu subuh yang hening.Mungkin ramai para pesakit tersasa terganggu dengan keadaan tersebut.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Asri
[di sini] .Diharap pihak pengurusan masjid berkenaan dapat mengambil langkah yang tepat bagi mengatasi masalah tersebut dan mengelakkan cemuhan serta fitnah orang ramai, khususnya bagi non-Muslim.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/01/mengimarakan-masjid-dengan-hiruk-pikuk.html


P/S : Terima kasih sumber-sumber di atas
--- anda boleh menilai sendiri setelah membaca pelbagai pandangan .
Saya tertarik dengan ulasan ‘tanpa nama” dalam blog wfauzdin.blogspot.com DI BAWAH INI:



Tanpa Nama berkata...
Saya setuju dengan pandangan Dr Asri dalam hal ini. Ianya sama pendapat dengan guru saya yang belajar di Makkah. Beliau seorang pengikut Mazhab Shafie. Dia pernah menegur seorang yang mengalunkan Azan tetapi sebelum azan dia berselawat terlebih dahulu. Selepas orang itu , menamatkan azannya dia terus bertanya: "mana dalil dari nas yang meminta tukang azan(bilal) berselawat?".

Begitu juga dalam isu membaca AlQur'an sebelum azan dilaungkan di pembesar suara, tidak ada dalil. Ditakuti perbuatan ini, orang awam akan menganggap ianya adalah sebahagian dari Sunnah. Memang afdhol membaca Al-Qur'an tidak kira masa, tapi hendaklah bertempat dan ada dalilnya.

Mengenai kebanyakkan umat Islam yang tidak komplen, tuan perlu tahu , soal agama ini dianggap sensitif. Mereka takut dicap sebagai kafir, fasik atau munafik kalau komplen. Cara yang selamat ialah diam atau marah dalam hati.

Islam itu adalah agama yang indah dan sempurna. Tetapi kerana kegagalan umat memahami islam, maka yang bukan Sunnah dianggap sebagai cara memperkembangkan syiar Islam. Syiar Islam dilihat dalam kerangka yang sempit. Inilah kerangka sempit puak UMNO dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak benar. Itu sebab Islam yang sempurna dan indah tidak dapat dinimati oleh sebahagian orang Islam dan lebih-lebih lagi orang bukan Islam.

Dr Asri pernah memuji Pas dalam hal anjakan paradigma, iaitu mendekati orang-orang bukan Islam dengan lebih sistematik dan menegur Umno yang masih ditakuk lama iaitu menjauhkan Islam dari orang bukan Islam.

Pandangan Dr Asri haruslah diraikan sebagai menepati Sunnah Nabawiyyah. Dia bukan maksum, tetapi dalam hal ini saya bersetuju dengan beliau.

Sekian. As'salam buat saudara.
2011 Januari 17 11:20 dalam http://wfauzdin.blogspot.com/2011/01/isu-azan-cadangan-dr-asri-tidak.html


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails