Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Friday, October 29, 2010

Mencapai Usia Dewasa (kod 53/153 )

PAS PAHAM KE ERTI "HAK KEISTIMEWAAN" NI?
Saturday, October 30, 2010 Desperado

Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.

Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.

"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.

"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya. Haramkah

DES : Nak tergolek bila baca portal online fitnah nombor satu PAS yang menulis Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal.

Paham ke dia tuh erti sebenar HAK KEISTIMEWAAN?

Paham ke dia Perkara 153?

Kalau bangsa dia sendiri pertahankan hak keistimewaannya, dia kata itu adalah satu tindakan yang sempit pemikiran dan ketinggalan zaman. Malah menyokong puak-puak haramjadah yang lain yang mempersoalkan perkara yang sama!

Sekarang ni dia nak tegakkan hak-hak keistimewaan Orang Asli pulak dah dan dalam masa yang sama merobek kepercayaan mereka dengan menabur janji-janji manis yang kosong.

Ketika dia mengatakan selama ini nasib Orang Asli di Kelantan sentiasa dibela, dan pada masa yang samalah orang-orang Asli di sana ditindas dengan kerakusan penebangan hutan serta pengambilan tanah secara haram hingga orang Asli terpinggir dan ketinggalan.

Nasib baik SPR tak bagi parti-parti lain yang tidak berkenaan berkempen sama. Kalau tidak, PAS tak akan berani cakap punya hak-hak keistimewaan kaum tertentu di sini.

Dasar penakut dan penipu!










D'CARA KAWE;

Cakap ikut tahap kefahaman dan kesukaan kelompok masing-masing adalah menghormati hak.Dalam konteks di Galas(atau di Malaysia)
kalau orang asal(masih belum Islam) masih persoalkan hak bangsa adalah lebih tinggi nilainya
daripada taraf Melayu Umno yang 1000 peratus Islam masih memperjuangkan hak bangsa sendiri.

Sedangkan Pas lebih mengutama perjuangan Islam (melangkaui sempadan bangsa) dan kalaupun memperkatakan Bangsa Orang Asal"itu sebagai menghormati kehendak kawan bangsa lain(yang belum Islam)kalau itu yang dimahukan atau Keutamaan Mereka awal perjuangan mereka..

Maka bila Islam sudah menjadi pegangan hidup/Aqidah.Islam hendaklah didahulukan daripada bangsa(Perpaduan sebenar dalam Islam) jika zaman budak-budak hidup memikirkan(ingat/fokus)untuk makan bila sudah mencapai usia dewasa (kod 53/153 ) makan untuk hidup.Melihat dari sudut yang lebih luas.

Ini kena faham bro dan 153 pun kena faham dalam konteks seorang Muslim dan bukannya bangsa robot yang ditekskan beku dalam buku perlembagaan kuning.

Setelah 53 tahun lebih 153 masih kabur.Benarlah kata TGNA

"SAYANG SEKALI,UMNO MASIH BERFIKIR DENGAN KERANGKA PERJUANGAN MELAYU YANG SEMPIT.MELAYU PUN TIDAK TERBELA,ISLAM PUN TIDAK TERJAGA"

saya tambah sikit lagi, yang terjaga hanya segelintir Melayu dan Mereka sendiri yang mereka bela maka itulah kod 30 pencapaian Bumiputera yang mereka tayangkan pada waktu puncak tersasar dari target.

Oleh itu mereka ratibkan kembali kod 153 sebagai senjata.
Harus diingat kadangkala senjata tak mengenal tuan apalagi niat tidak ikhlas dalam perjuangan.

terima kasih kepada Berani Membuat Pilihan .

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails