Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Wednesday, March 16, 2011

DULU KINI DAN SELAMANYA KITA MENCIPTA IMEJ KETAKUTAN









Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal. -mkini








PAS MINTA HORMAT DAN TERIMA INJIL BAHASA MELAYU


Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini menyeru umat islam diseluruh Negara agar menghormati dan menerima pengeluaran INJIL dalam Bahasa Melayu.


Katanya " Kita perlu menghormati agama - agama lain dan perlu menghormati penganut agama tersebut demi perpaduan diantara agama". Apa yang dilakuan oleh PAS hari ini adalah perpaduan yang terbaik kerana bukan sahaja kita boleh berkawan dengan orang kafir malah kita juga menerima kitab sesebuah agama untuk diterjemah ke bahasa melayu kerana mengikut kesesuaian masa.


Mungkin ini adalah tindakan yang tepat dari salah seorang yang mendakwa dirinya seorang Ulama Islam. Nampaknya semakin bercelaru pemikiran politik dan agama yang dibawa oleh Nik Aziz hari ini. Kecelaruan ini berpunca dari ketamakkan kuasa dan juga ingin memperlihatkan dirinya sebagai insan yang benar dan menjadi ikutan oleh semua umat.


Setiap patah perkataan yang dizahirkan oleh Nik Aziz hari ini boleh membawa kemusnahan agama dan juga kemusnahan perpaduan kaum. Api sengketa sengaja dicipta supaya rakyat bangun memberontak pemerintah yang ada dan rakyat akan membertahankan beliau kerana rakyat beranggapkan setiap amanat dan ucapannya diajdikan sebagai panduan dan peganggan.


Satu demi satu Nik Aziz melakarkan sejarah perjuangan yang sentiasa bertentangan dengan agama demi perjuangan politik. Bermula dengan halam haram, sah tidak sah, kafir mengkafir, kerajaan zalim, UMNO kafir dan hari ini Nik Aziz menyeru seluruh rakyat Jelata menerima INJIL SEBAGAI BUKU panduan yang perlu di fahami oleh orang Melayu.


Nik Aziz ingin menjadikan Malaysia hari ini seperti Negara Indonesia suatu hari nanti. Rakyat bebas beragama dan bebas menganuti apa jua fahaman agama mengikut cita rasa mereka asalkan kuasa politik mereka terus berkembang dan terus mendapat tempat dihati rakyat.


Tindakan Nik Aziz hari ini terlalu amat berbahaya sekiranya tidak dibendung dari sekarang. Umat Islam akan dihilang punca kerana Islam akan disamakan dengan Kristian dan mereka bebas melakukan apa sahaja demi menghancurkan kerajaan dan negara Islam.


Rakyat harus bangkit menentang segala anasir yang cuba memecahbelahkan Agama dan Umat Islam. Rakyat harus berfikur panjang apa akan jadi kepada Islam dan Negara kita suatu hari nanti sekiranya pemimpin agama hari ini yang melakukan kerosakkan terhadap agamanya sendiri.


Posted by ratuayu at 11:46 AM


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kait blog n3 blog di atas

Salam malaS



Tak setuju dengan kamu Tuan blog dan Khairil

Orang yang tahu perbandingan agama
akan lebih teguh imannya daripada orang yang hanya Islam baka Melayu yang tidak mahu belajar agama dan bodoh sambong.

Agama Islam tidak melarang kita membaca Kitab-kitab lain. Begitu juga agama lain tidak dilarang menterjemahkan agama mereka dalam mana-mana medium bahasapun. Jangan sempitkan KELUASAN YANG ALLAH KURNIAKAN kepada Makhluknya. Kita sering takut kepada bayang-bayang kita sendiri sehingga bayang itu dianggap hantu dan kita takut hantu seolah-olah melebihi takut kita kepada Allah.

Itulah imej yang kita terjemahkan.

Bagaimana pula orang Melayu Islam yang bertebaran di pelusuk dunia dengan pengaruh kitab-kitab dalam bahasa mereka.Apakah kita tidak risau kerana mereka masih rakyat Negara Malaysia. Jika sebelum merdeka kita dengar anak-anak tidak dibenarkan bersekolah dan belajar Bahasa Inggeris yang kononnya ia Bahasa Agama Lain.Dan kini kita ditakutkan dengan Bahasa Melayu yang dijadikan wadah Agama Lain. Di mana kita berpijak sebenarnya. Dulu Kini dan Selamanya KITA dalam ketakutan.

Ketakutan yang direkacipta.

Cuba bagi contoh berapa ramai orang Islam yang sesat setelah membaca kitab-kitab lain.
Yang kita sering dengar ialah bila orang itu belajar /mengkaji pelbagai kitab agama akhirnya dia akan memilih /kembali kepada Islam,bukan memilih Islam kerana Bangsa Melayu. Dan bukan memilih Agama lain kerana kitabnya Berbahasa Melayu (ContohNegara Jiran).

(Tak bolehkan kita sebarkan di mana-mana Al Quran terjemahan Bahasa Melayu supaya mereka senang memperolehinya.Atau beri secara percuma setiap isirumah.Jangan hanya beri senaskah akhbar atau sekampit beras!)

Kalau bro boleh beri percuma saya pun nak baca!

Oleh itu ,bawalah kitab pelbagai bahasa pun tidak akan goyah,hancur dan hanyut semacamana tsunami melanda.

Salah siapa kalau lebih setengah abad ,anak-anak baka Melayu Islam tidak tahu agama sendiri(sehingga orang yang sudah peluk Islam lebih 30 tahun pun masih panggil saudara baru) dan takut pula untuk menerangkan Keindahan dan Keadilan Islam kepada orang dan takut pula kepada agama lain.

Kenapa kesempatan yang ada
tidak dipergunakan ? Pendekatan yang kita tahu sekat sekat sekat! Bukan Jelas dan Hujah.
Dan kita nak menyalahkan Agama lain patutkah?

Jangan begitu bro
Dan tuduhan bro terhadap TGNA adalah melampau .

Itulah akibatnya terlalu mengagungkan bangsa Melayu!
ALLAH TIDAK MEMANDANG KEPADA BANGSA KAMU MELAINKAN KEPADA KETAKWAAN DAN AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM. JELAS!


Sekian terima kasih




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails