Google | Yahoo |
widgeo.net
Website Submission Optimization

Monday, February 28, 2011

NAMA AMANAH MANA

Anggap pengundi sebagai raja - Muhyiddin TEMERLOH 26 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan seluruh jentera parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau supaya menganggap pengundi di kedua-dua kawasan itu sebagai 'raja'. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana hanya pengundi di kedua-dua kawasan itu yang akan menentukan kemenangan besar bagi calon BN. "Kerana itu kita akan mengerahkan seluruh jentera parti termasuk parti komponen dan sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bekerja bermati-matian dan mendekati semua pengundi dalam pilihan raya kecil ini bagi memastikan BN beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan," katanya. Beliau ditemui selepas berakhirnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak di sini. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Naib Presiden Gerakan, Senator A. Kohilan Pillay dan beberapa pemimpin BN lain. Selepas proses penamaan calon berakhir, Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang akan menentang calon Pas, Hassanuddin Salim. Muhyiddin menambah, beliau berkeyakinan pengundi di Kerdau dan Merlimau dapat membuat keputusan yang tepat dengan memilih BN pada kedua-dua Pilihan Raya Kecil DUN itu berdasarkan senario politik dan ekonomi semasa negara. Antaranya, kata beliau, menerusi pelbagai inisiatif dan transformasi besar yang dibawakan kerajaan terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta peluang ekonomi yang begitu meluas. "Ini menunjukkan kesungguhan BN untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan," ujarnya. Muhyiddin menambah, pengundi di Kerdau dan Merlimau juga boleh menilai dan membuat perbandingan apakah bentuk perjuangan serta perubahan yang telah dibawakan oleh pembangkang selama ini. Kata beliau, Pas misalnya cukup dikenali dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang karut dan penyelewengan menggunakan agama manakala parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula semakin hilang hala tuju dan menunggu masa untuk rebah. "Saya percaya ini akan menjadi asas yang dinilai oleh pengundi dan saya yakin mereka juga tahu siapa yang akan mereka pilih nanti," katanya. Begitu pun, jelas Muhyiddin, beliau tetap mengingatkan seluruh jentera BN untuk tidak mudah berasa selesa dan melihat Kerdau serta Merlimau sebagai PRK yang mudah bagi BN.

mindatajdid

Hidupkan Istilah ‘Wang Pembayar Cukai’ Dalam Media Disiarkan pada Feb 27, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan | HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’. Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka. iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.


MINGGUAN MALAYSIA
utusan_malaysia/Politik - 27/02/2011
Nik Aziz patut bersyukur - Dr. M
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

PASIR SALAK 26 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam. Beliau berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, orang Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. "Sekiranya Nik Aziz dilahirkan sebagai orang Vietnam atau Laos, belum tentu Menteri Besar Kelantan itu menjadi umat Islam. "Oleh kerana ibu bapa beliau orang Melayu, maka Nik Aziz pun dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang belajar agama Islam," katanya. Beliau berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini. Dr. Mahathir juga berkata, Nik Abdul Aziz sanggup menidakkan hak Melayu dan mengatakan nasionalis seperti beliau tidak Islam hanya kerana inginkan sokongan bukan Islam. Tegas beliau, tiada siapa pun yang berani mengatakan mereka yang berjuang untuk bangsa Melayu Islam adalah tidak Islam. "Apabila berkempen, beliau kata nasionalis tidak Islam tetapi hanya mereka yang sokong Pas adalah Islam. "Kalau begitu, orang Islam di Malaysia ini berkurangan sebab lebih ramai tidak menjadi ahli Pas daripada menjadi ahli parti itu," ujarnya. Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mendakwa Nik Abdul Aziz mengkafirkan beliau kerana Menteri Besar Kelantan itu mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Dr. Mahathir menambah, walaupun orang Melayu dianggap perkauman kerana mempertahankan hak mereka yang tinggal sedikit, ia tidak merubah hakikat bahawa mereka adalah orang Melayu. "Perjuangan kita adalah perjuangan mulia untuk mendapatkan tempat kita di negara kita dan sekarang, kita tidak boleh sebut Melayu di negara kita sendiri. "Namun, hakikatnya, kita masih orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan kepentingan kita supaya tidak dirampas daripada kita," katanya. Beliau juga meminta orang Melayu supaya berhati-hati membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 agar tidak memilih mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri sebagai pemimpin. Pada sidang akhbar, Dr. Mahathir menganggap orang Melayu masih keliru untuk menyatakan sokongan mereka walaupun banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan sedia ada dalam membantu mereka. Menurut beliau, berbanding di negara lain, kerajaan Malaysia menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan biasiswa pendidikan kepada rakyat terutama orang Melayu. "Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru. "Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya. Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda. "Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.

#######################################

NAMA AMANAH MANA

KATAKAN 9-12 hr Pengundi(tempoh kempen) = Rakyat Raja/

Calon Parti =Wakil Rakyat x

Selepas PRK/PRU = Wakil Rakyat @YB

KOTAKAN 365hr x 4-5th + Duit Kerajaan(Rakyat Mesti berterima kasih kepada kerajaan)= RAKYAT MENGEMIS APA DI HUJUNG JARI PEMIMPIN(yang baik hati)

DI NEGARA SENDIRI

APA yang kau fikir ADA yang kau ukir

nama amanah mana ha ha ha


(PR JANGAN JADI MACAM BN)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails