Izinkan saya melihat dari sudut yang lain semoga tidak jauh terpisah dari arus perdana
Isu Festival Pakaian Islam
Tanya mereka sama ada tahu atau tidak siapa nama Mim.Ha.Mim. Dal itu.Atau bagi mereka itu nama biasa.
Kita tengok realiti kehidupan harian bagaimana kebanyakan wanita memakai pakaian kononnya Islamik.Rata-rata tidak tahu batas aurat.Cuma itu fesyen.Ini jelas!
Demikianlah peragawati-peragawati itu. Ada yang muslim dan ada yang bukan muslim.Manakala penganjurnya pula lebih menjurus kepada mengaut keuntungan .Mungkin bagi sudut pandangan mereka TULISAN itu hanya satu eleman untuk mencantikkan pakaian dan tidak lebih dari itu. Bagi mereka tulisan Arab cantik bila ditulis dalam bentuk khat.Contoh di dinding-dinding . Kemudian diperaga pula oleh peragawati yang cantik yang dicalitpula dengan solekan. Zahirnya nampak cantik.
Kebanyakan pakaian yang diperaga kan itu berbentuk jubah yang dipadankan dengan tudung dengan digubah sebegitu rupa sehingga terbelah,sendat ,nipis dan tudung yang menampakkan rambut dan mengenakan berbagai solekan. Bagi mereka itu sudah menampak pakaian dan pemakainya itu berunsur Islam. Mereka tidak tahu pakaian wanita islam bukan sebagai fesyen semata sebaliknya ia lebih menekankan kaedah untuk menutup aurat. Selagi mereka tidak difahamkan konsep busana muslimah sebenar selagi itulah suasana pertunjukan sebegini akan dapat kita saksikan dan dianjurkan oleh orang Islam sendiri.BAGI MEREKA secara tidak langsung festival ini akan manaikkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.Nampak tak?Cantik dan Indah mempersona!
Saya rasalah bukan niat penganjur ,peserta dan penonton serta pelapor(media) untuk menghina Islam .Pada anggapan mereka (dengan kejahilan) dengan berbuat demikian seolah-olah(sesungguhnya) mereka memartabatkan Pakaian Wanita Islam. Padahal mereka sebenarnya orang-orang yang keliru dan jahil serta menjatuhkan imej Islam.
Oleh itu peranan orang muslim yang tahu agama untuk menjelaskan bukan dengan cara menyerang. Terangkan kepada mereka supaya perkara ini tidak berulang lagi.Sarankan/nasihatkan supaya pihak penganjur minta pandangan Ulama/Pakar Agama bagaimana garispanduan dan kaedah pemakaian dan atur cara untuk mengadakan Festival Busana Islam supaya menepati kehendak Islam.
Jadi tugas orang yang tahu agamalah menerangkan hal yang sebenar.Bukannya menyerang!
Tak perlu suruh Datin Rosmah bertaubat.Biarlah dia sendiri menyedari kesilapannya atau jika perlu pergi jumpa sendiri Datin Rosmah itu dan terangkan sebenarnya pakaian dan festival itu tidak menepati kehendak Islam dan penggunaan tulisan arab (yang menjadi kandungan Quran atau nama-yang menjadi simbol kebesaran/kemuliaan dalam Islam) bukan untuk diperagakan di tempat yang tidak layak dan sesuka hati.
Mampukah kita ! Bukannya berarak melaung-laung menyebut sekian-sekian tapi perlu meluangkan masa menerangkan hakikat pakaian Islam sebenar .Islam itu Indah!
Maaf jika saya salah,
Tanpa Nama berkata...
ReplyDeletePetikan:
IFF promosi fesyen Islam
Oleh Fadzlena Jafar (Yang berkunjung ke Monte Carlo, baru-baru ini)
fadzlena@bharian.com.my
2010/09/07
Pelbagai rekaan diilhamkan dengan sentuhan budaya sesebuah negara
-Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah, berkata seperti pemakaian abaya yang menjadi budaya di Asia Barat, setiap negara juga mempunyai busana tradisional yang menjadi amalan harian dan boleh disesuaikan dengan fesyen Islam tanpa meminggirkan tuntutan syariat.
-Selain Putera Albert, kehadiran tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung IFF; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim dan isteri, Sheikha Noora Abdul Aziz serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud membuatkan majlis makan malam gala itu cukup bermakna.
-Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.
-Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.
Petikan ucapan Datin Seri Rosmah:
“Kita harap, menerusi fesyen seperti yang dipaparkan IFF ini dapat memberi pemahaman lebih luas dan juga rasa hormat antara masyarakat yang berbilang agama serta kepercayaan. Festival yang dipelopori Malaysia ini sudah melalui perjalanan yang jauh termasuk ke Monaco dengan harapan dapat mengubah persepsi, memberi ilham kepada rekaan dan mengukuhkan pertalian antara negara.
“Dan saya gembira IFF diberi peluang untuk dianjurkan di Monaco yang bukan saja indah, tetapi sejak sekian lama menjadi sumber inspirasi kepada penghasilan rekaan fesyen di seluruh dunia,” katanya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Pengasas & Pengerusi-orang kita
Penaung-orang kita
Pelopor-Malaysia kita
Penganjur-orang kita
Cuma pentas-Monaco yang sedia
Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit.
Kalian boleh nilai sendiri!
DENGAN HARAPAN KESALAHAN IFF TIDAK BERULANG
PERDEBATAN SSI(SAUDARA SEISLAM)TIDAK TERSASAR
DARI LUNAS ISLAM